BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Thursday, August 11, 2011

Dato' Siti duet Sean Kingston !!




REMEMBER YOU

Itulah lagu baru yang sedang dirakam oleh Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi paling popular serantau bersama penyanyi terkenal antarabangsa, Sean Kingston. Lagu ini akan dimuatkan dalam album Inggeris pertama Siti, ALL YOUR LOVE yang akan dipasarkan mulai 9 September 2011. 

Khabar terbaru mengenai Dato' Siti Nurhaliza adalah beliau dikatakan akan merakamkan sebuah lagu duet bersama penyanyi bertaraf antarabangsa, Sean Kingston. Sewaktu selesai sesi rakaman program raya Aura 3 Diva Beraya di FINAS lewat malam tadi, penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu berkongsi berita tersebut.

"InsyaAllah, kami telah pun mengadakan perundingan. Pihak masing-masing bersetuju dengan idea tersebut. Kini, Sean Kingston pun dalam proses rakaman bahagian dia. Lagu tersebut hanyalah featuring Siti sahaja. Bahagian Siti telah pun dirakamkan. Hanya tinggal bahagian Sean sahaja di US," jelas Siti mengenai projek tersebut.

Lagu yang bertajuk "Remember You" itu akan dimuatkan dalam album Inggeris Siti Nurhaliza bertajuk All Your Love yang bakal dipasarkan September depan.

Bercerita mengenai bagaimana projek usahasama itu bermula, Siti berkata ia adalah idea Bryan B yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Sean Kingston.

Jelas Siti lagi, "Rakaman tersebut sepatutnya dirakamkan lebih awal, malangnya Sean ditimpa kemalangan yang agak parah menyebabkan rakaman tertunda. Lagu ini merupakan kemunculan semulanya selepas kemalangan teruk tersebut."

*sumber: GUA.COM.MY

Tak sabar rasenya nak tunggu album nie.. Pasti gempak.. Tambahan pula single pertama album nie, Falling In Love tengah MALATOP sekarang.. Harap-harap dengan terhasilnya album nie tercapai impian Siti nak berkembang ke peringkat antarabangsa.. Amin.. 



p/s: dengar cerita album Siti akan dipasarkan di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Amerika Syarikat dan Eropah !! (^_^)

Produk SimplySiti HALAL


Baru-baru nie ade satu blog nie (cikgu plak tu) bagi tahu yang produk SimplySiti HARAM kerana berus pemerah pipi SimplySiti diperbuat dari bulu babi. Namun, semua tue FITNAH semata-mata kerana Jakim dah umumkan bahawa sebenarnya semua produk SimplySiti HALAL !!


Ekoran dari isu tuduhan bahawa berus milik produk SimplySiti mengandungi bulu babi, sebentar tadi pihak SimplySiti telah mengirim kenyataan rasmi dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhatihati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

*sumber: GUA.COM.MY


Jadi, kepada pihak yang memFITNAH tue, tahniah diucapkan kerana berjaya menambah DOSA di bulan yang mulia nie. Kesian kat Dato' Siti sebab dari dulu tak habis-habis orang nak jatuhkan die. Macam mane orang Melayu nak maju kalau ada perasaan PHD dalam hati. Huhhh !! 


(blog cikgu tue dah removed.. takut la tu.. KLIK SINI)

Wednesday, July 20, 2011

Rumah Laksamana Juara !!


LAKSAMANA TERBAEKK !!

Hai semua.. Walaupun Kejohanan Olahraga SMK Sungkai dah habis 13 Julai lalu, tapi rasanya post nie masih belum terlambat.. Tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah LAKSAMANA 2011.. Saye memang kurang aktif sukan tapi saye tetap meyumbang markah untuk LAKSAMANA pada sukantara hari tue... (walaupun sikit, tapi tetap sumbang.. hahaha..)

Setelah selesai acara sukantara dan sukan mini, tibalah giliran Kejohanan Olahraga berlangsung... Selain acara perbarisan dan balapan, ada pertandingan lain yang diadakan iaitu PERTANDINGAN HIASAN RUMAH SUKAN... Kat sekolah lain pun ada buat pertandingan nie kan?? Tapi SMKS lain dari lain sebab kami bukan ditugaskan untuk hias khemah, tapi TIANG GOL !!! Pelik kan... Siapa yang bukan SMKS mesti rase pelik sebab ramai yang tanya kenapa tiang gol... Tak tahulah sebabnya.. Yang pasti hias tiang gol lebih mencabar kreativiti daripada hias khemah !! Bayangkanlah... 

Rekaan awal

Saya telah ditugaskan untuk reka hiasan rumah nie.. Happy sangat.. Setelah bincang, kami putuskan untuk buat tema ALA-ALA DIRAJA untuk rumah dan perbarisan.. Maka, bermulalah minggu yang amat memenatkan.. Kami semua tak cukup tidur dan keletihan.. Tapi nak buat macam mana, dah tugas... 

Petang terakhir sebelum sukan tu, kami semua balik pukul 7 lebih.. Memang penat... Tapi puas hati kerana hasilnya AMAT MEMBANGGAKAN.. haha.. Nak tengok hasilnya?? 





thanks to MoHd HAfiz for the pic..
PERBARISAN (thanks to MoHd HAfiz for the pic)
Keputusannya, Rumah LAKSAMANA dapat nombor 2... Ok la.. Walaupun tak puas hati sebab keputusan tu ada kontroversi sikit, tapi kami redha je la.. Ape kontroversinya?? Biarlah rahsia... haha.. Tapi LAKSAMANA tetap menjadi JUARA keseluruhan.. 

Tapi ada yang lebih sedih sebab BSMM kalah perbarisan kawat kaki.. Geram tol.. Tapi benda dah lepas, biar je la.. Kalau difikirkan buat sakit jiwa je.. Apa-apa pun, korang memang gempak la BSMM.. Terima kasih kepada semua yang datang latihan tiap petang.. 

GO BSMM !!




p/s; thanks to Mohd Hafiz and Lina Mohd Ali for the pic.. (^_^)

Sunday, July 17, 2011

APM 2011: Siti Paling Popular Lebih Sedekad !!

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR SEDEKAD APM




Itulah anugerah terbaru yang diperolehi oleh DATO' SITI NURHALIZA.. Beliau telah ditabalkan sebagai Artis Serantau Paling Popular Sedekad APM walaupun Siti tewas dalam 2 kategori iaitu Kolaborasi Terbaik ( ft. Kris Dayanti) dan Album Terbaik (CTKD).. 


Siti menerima pengiktirafan tersebut setelah  mendominasi kategori ini selama lebih 10 tahun.. Pencapaian ini amat membanggakan rakyat Malaysia kerana Siti merupakan satu-satunya artis yang berjaya mengekalkan popularitinya di rantau Asean selama lebih sedekad.. Woww.. Oleh itu, pihak APM telah memutuskan untuk TIDAK mencalonkan Siti dalam kategori popular di APM akan datang :( (mesti mereka takut Siti pegang anugerah ni sampai mati kot.. huhu..)




Malam tersebut juga Siti ada membuat 2 persembahan.. Persembahan pertama, Siti berduet bersama Jaclyn Victor dan Melly Goeslaw.. Mereka menyampaikan medley lagu Menghitung Hari dan Jika.. Segmen ini tribute untuk Melly yang diberi Anugerah Khas APM atas jasanya kepada indusri seni..




Persembahan kedua pula Siti menyampaikan lagu barunya, Falling In Love dengan uniform ala ala tentera rekaan Rizman Ruzaini.. Sangat best.. Superb !!




Inilah saat yang penuh bermakna buat Siti dan seluruh peminatnya di serantau Asean...




TAHNIAH DATO' SITI NURHALIZA !!


p/s: thanks to Youtube, Google, & Gua.com

Monday, July 11, 2011

Falling In Love With Dato' Siti

 OMG !!! 



Wowww... Best giler lagu baru Dato' Siti nie... Lain dari ynag lain.. Walaupun lagu inggeris, tapi ada unsur @ lenggok melayu sikit-sikit... Pada 15 Julai nanti, Dato' Siti akan nyanyi lagu nie lagi di Anugerah Planet Muzik 2011 Singapura... Katanya ada KEJUTAN.... Kita nantikan bersama... 

Jom layan lagu baru nie, Falling In Love (live at Malam Gala Simply Siti @ UITM Shah Alam)


Sebelum nie, Siti ada promote lagu baru die yang satu lagi.. Tajuknya Nobody Else.. Best jugak lagu tue... Jom dengar sama-sama...


Album nie akan keluar 9 September nanti... Jangan lupa beli tau.. Mesti gempak... TERBAIK !!!!


Thursday, June 16, 2011

Dato' Siti Masuk Askar Wataniah

WOOOWWW...

Itulah perkataan pertama yang keluar daripada mulut ini waktu baca twitter DCT tadi.. Sebelum nie ade dengar citer pasal hal nie, tapi tak sangka betul pulak.. DCT masuk askar wataniah nie pun lepas Datuk K izinkan.. Lepas nie mesti ramai nak masuk askar wataniah sebab nak ikut DCT.. huhu.. Gembira sangat sebab DCT memang boleh menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.. Sekurang-kurangnya DCT menjadi artis yang berbakti kepada negara.. Tak macam kebanyakan artis sekarang, asyik nak glamour dan kontroversi je.. 

Korang boleh bayangkan ke macam mane rupa DCT yang cun tue pakai uniform askar? Mesti tak boleh kan.. Jadi, tengok la gambar DCT kat bawah nie (gambar dari twitter DCT)..




Pakai uniform pun tetap cun.. Siti ooohh Siti.. Hemmm..... Apa-apa pun tak sabar nak tunggu ALBUM INGGERIS PERTAMA DCT.. Dengar cerita awal bulan Julai keluar... Sabar  je la.. Lastly, good luck untuk DCT yang tercalon untuk 3 kategori di ANUGERAH PLANET MUZIK 2011 yang akan berlangsung di Singapura, 15 Julai ini.. DCT tercalon dalam kategori:

1. KOLABORASI TERBAIK ( ft. Kris Dayanti lagu Amarah)
2. ALBUM TERBAIK (CTKD)
3. ARTIS SERANTAU PALING POPULAR (Malaysia+Singapura+Indonesia)

Harap-harap la menang... Sekali lagi, tahniah DCT kerana bergelar askar wataniah... (^_^)

p/s: thanks to TWITTER DCT dan FB APM 2011.. 

Demam Sukan Melanda !! Arghh....



Rumput kat padang selesai dipotong..
.
.
.

Garisan pun dah siap..
.
.
.

Ini semua tanda..................... DEMAM SUKAN DAH BERMULA !! Semua pelajar pun dah diagihkan kepada rumah sukan masing-masing... Esok dah mula latihan rumah sukan... Setiap kali musim sukan, mesti aku stresssss... Dah la badan penat dengan latihan sukan, cikgu pulak bagi kerja rumah.. Hemm.... nak buat macam mane, dah nama pun pelajar sekolah... Redha je lah... Ape-ape pun harap-harap la rumah sukan aku menang.. huhuhu.. 


GO LAKSAMANA !!!
(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...