BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Thursday, August 11, 2011

Dato' Siti duet Sean Kingston !!




REMEMBER YOU

Itulah lagu baru yang sedang dirakam oleh Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi paling popular serantau bersama penyanyi terkenal antarabangsa, Sean Kingston. Lagu ini akan dimuatkan dalam album Inggeris pertama Siti, ALL YOUR LOVE yang akan dipasarkan mulai 9 September 2011. 

Khabar terbaru mengenai Dato' Siti Nurhaliza adalah beliau dikatakan akan merakamkan sebuah lagu duet bersama penyanyi bertaraf antarabangsa, Sean Kingston. Sewaktu selesai sesi rakaman program raya Aura 3 Diva Beraya di FINAS lewat malam tadi, penyanyi yang popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu berkongsi berita tersebut.

"InsyaAllah, kami telah pun mengadakan perundingan. Pihak masing-masing bersetuju dengan idea tersebut. Kini, Sean Kingston pun dalam proses rakaman bahagian dia. Lagu tersebut hanyalah featuring Siti sahaja. Bahagian Siti telah pun dirakamkan. Hanya tinggal bahagian Sean sahaja di US," jelas Siti mengenai projek tersebut.

Lagu yang bertajuk "Remember You" itu akan dimuatkan dalam album Inggeris Siti Nurhaliza bertajuk All Your Love yang bakal dipasarkan September depan.

Bercerita mengenai bagaimana projek usahasama itu bermula, Siti berkata ia adalah idea Bryan B yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak Sean Kingston.

Jelas Siti lagi, "Rakaman tersebut sepatutnya dirakamkan lebih awal, malangnya Sean ditimpa kemalangan yang agak parah menyebabkan rakaman tertunda. Lagu ini merupakan kemunculan semulanya selepas kemalangan teruk tersebut."

*sumber: GUA.COM.MY

Tak sabar rasenya nak tunggu album nie.. Pasti gempak.. Tambahan pula single pertama album nie, Falling In Love tengah MALATOP sekarang.. Harap-harap dengan terhasilnya album nie tercapai impian Siti nak berkembang ke peringkat antarabangsa.. Amin.. 



p/s: dengar cerita album Siti akan dipasarkan di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Amerika Syarikat dan Eropah !! (^_^)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...