BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 10, 2011

Siti Juara AJL 25 !!!



Mesti terkejut dengan tajuk entry nie kan?? Sebenarnya Siti bukan la juara AJL malam tadi (juara sebenar Ana Raffali), tapi dengan persembahan tersebut, beliau layak digelar 'juara' kerana persembahannya mantap dan mengimbau kembali kenangan sewaktu Siti kat AJL dulu-dulu... ( Siti siap bersilat tau!! ) Walaupun tidak sihat, Siti tetap menyampaikan medley BALQIS (juara AJL 2000), NIRMALA (juara irama malaysia 2002), dan CINDAI (juara AJL 1998). Sebelum Siti, Dato' Sharifah Aini dan Ziana Zain telah membuat persembahan terlebih dahulu dengan lagu hit masing-masing.

Siti sewaktu di acara karpet merah:  




cantik baju... (direka oleh Wanpa)
Siti ketika membuat persembahan:





Memang TERBAIK !!
Kepada sesiapa yang tak sempat tengok, video ada kat bawah nie..



p/s: thanks to GOOGLE, AJL25, and YOU TUBE...

Keputusan AJL 25



Bahang Anugerah Juara Lagu 25 telah pun berakhir malam tadi. Seramai 13 peserta yang bertanding telah pun membuat persembahan mereka. Ada yang kena tembak, kena tampar, baru balik perang, masuk dalam air dan macam-macam lagi. AJL pastinya tak dapat lekang daripada GIMIK sejak dulu lagi. Ini senarai finalis AJL 25:



  1. Cinta Sempurna (Yuna)
  2. Berlari (Tomok)
  3. Pelita (A.P.I)
  4. Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir)
  5. Drama King (Meet Uncle Hussain)
  6. Noktah Cinta (Hafiz)
  7. Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali)
  8. Selamat Malam (Faizal Tahir)
  9. Ku Ada Kamu (Adira)
10. Ekstravaganza (Bunkface)
11. Sofea Jane (Black)
12. Hanyut (Faizal Tahir)
13. Jahat (Stacy)
14. Mencari Konklusi (Hujan)

dan pemenangnya ialah.....

PERSEMBAHAN TERBAIK:
Faizal Tahir - HANYUT

VOKAL TERBAIK / TEMPAT KETIGA:
Hafiz - NOKTAH CINTA

TEMPAT KEDUA:
Black & Meet Uncle Hussain - DRAMA KING

JUARA AJL 25:
Ana Raffali - TOLONG INGATKAN AKU

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG !!!

Sunday, January 2, 2011

Talkshow Siti di Astro Ria

Wowww!!
Itulah perasaan saya setelah mendapat tahu bahawa DCT akan mempunyai program bual bicaranya sendiri. Setelah bergelar penyanyi nombor 1 Malaysia, DCT terus mengorak langkah sebagai usahawan wanita berjaya melalui SIMPLY SITI. Kini, beliau bergelar pengacara pula menerusi program bual bicara yang bertajuk `SITI' di Astro Ria, Februari ini.

Program bual bicara ini berkonsepkan inspirasi, motivasi dan hiburan. Lebih dari sekadar program bual bicara, memberi nafas baru & inspirasi kepada penonton. Terdapat 5 segmen dalam program bual bicara ini iaitu:

1.OPENING GAMBIT
Dimulai dengan visual klip video pendek yang dimulakan dengan lagu, pembukaan program ini adalah sebagai teaser diawal program sebelum montage dimainkan dan kemudiannya disambung terus ke studio.

2.WAWANCARA
Segmen ini memberi peluang kepada hos DCT untuk menyerlahkan sifat-sifat beliau yang memberi inspirasi, bermotivasi & simpati. Beliau akan menjadi “role model” sekaligus berkongsi kisah hidup menempuh kepayahan sehingga berjaya. Tetamu jemputan yang dijemput juga mempunyai nilai kisah hidup yang sama seperti DCT. Membicarakan kisah liku-liku kehidupan yang ditempuh serta mengutarakan pendapat, berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka.

3.SENTUHAN KASIH
Segmen ini akan memaparkan kisah hidup segelintir masyarakat kita yang mengalami kesusahan dan kemiskinan di mana penonton dapat melihat secara dekat mengenai kepayahan mereka dalam menempuh kehidupan seharian. DCT akan berkongsi penderitaan mereka yang kurang bernasib baik dan program ini diharap dapat memberikan pengajaran dan mempertontonkan keprihatinan rakyat Malaysia.

4.INTERAKSI BERSAMA PENONTON
Segmen ini pula DCT akan menyanyikan lagu-lagu yang dipilih setiap minggu. Dan kemudian diikuti dengan sesi dialog bersama penonton.

5.MUSICAL TALENT (PERSEMBAHAN PENUTUP)
Segmen ini akan memperkenal dan mempamerkan bakat-bakat muzikal yang khusus dan unik bagi setiap episod. Pemuzik jemputan akan membuat persembahan bersama DCT di atas pentas sama ada menyanyi bersama mahupun memainkan alat muzik mengiringi nyanyian DCT.

Ini antara watak yang dibawa oleh DCT dalam segmen OPENING GAMBIT:

 watak Ros dalam scene Pendekar Bujang Lapuk

watak camerawoman

watak audiowoman bersama Lisa Surihani

watak Norkiah dalam scene masam-masam manis
Tak sabar nak tengok macam mana DCT mengacara. Apa-apa pun program nie mesti lain dari yang lain. Jadi, nantikan program bual bicara `SITI' Februari ini di Astro Ria. Jangan lupa tau!!

p/s: thanks to facebook SITI TALKSHOW@ASTRO RIA

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof Meninggal Dunia

Tahun 2011 membuka tirai dengan berita yang amat mengejutkan. Pelakon, Faizal Yusof yang merupakan bekas suami penyanyi Siti Nordiana telah menghembuskan nafas yang terakhir kira-kira jam 1.45 petang tadi.


KUALA LUMPUR: Pelakon Faizal Yusof meninggal dunia kira-kira jam 1.45 tengah hari ini di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Tun Razak, di sini akibat serangan jantung. 
Faizal, 32, dikatakan pengsan di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul di sini kira-kira jam 9 pagi, akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Faizal dikenali kerana lakonannya dalam beberapa drama bersiri di televisyen seperti Tiramisu dan Manjalara.Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rosmunira Rashid, 27, yang sedang mengandung lima bulan. 
Allahyarham pernah berkahwin sebelum bercerai dengan penyanyi Siti Nordiana dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Rayyan Nakhaie, 2 tahun sembilan bulan. 
Abang pelakon itu Shaiful Yusof, 34, yang ditemui di Tingkat 3, Unit Rawatan Rapi (ICU) PUSRAWI, berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Caves jam 10 pagi esok. 
Antara artis yang dilihat menziarah jenazah Allahyarham di hospital ialah pelakon Abby Abadi, Sharifah Amani, Liyana Jasmay, Amyza Adnan dan Pierre Andre. 
Sementara itu Abby Abadi yang ditemui, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan Faizal adalah bulan lepas ketika mereka bermain futsal di Bukit Jalil. 
"Dia seorang yang amat kelakar dan terkenal dengan sikap gila-gila dia. Ramai-ramai kawan yang pergi, dialah yang paling saya terasa kehilangannya," katanya yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam drama Manjalara di TV3. - BERNAMA



*sumber dari berita harian online.


AL-FATIHAH diucapkan kepada ahli keluarga arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.






p/s: thanks to GOOGLE and BERITA HARIAN ONLINE

Happy New Year 2011

thanks to GOOGLE
Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya. Banyak kenangan yang berlaku sepanjang tahun 2010. Ada yang manis untuk dikenang dan tak lupa juga yang pahit untuk diingati. Tapi, hidup mesti diteruskan. 

Tahun 2011 merupakan tahun yang penting dalam hidup saya kerana tahun ini saya akan menduduki SPM. Rupa-rupanya dah 12 tahun saya menuntut ilmu sejak tadika hingga la sekarang. Cepat betul masa berlalu. Banyak perkara yang saya telah pelajari sepanjang tempoh masa ini. Saya mengenali erti persahabatan, suka duka sebagai pelajar, dipuji dan dimarahi serta banyak lagi. Namun, pengalaman ini mematangkan lagi diri saya.

Harapan saya sempena tahun 2011 ialah semoga tahun ini menjadi lebih baik dari sebelumnya. Amin.. Azam tahun baru?? Biarlah rahsia... huhuhu...

p/s: 1.1.11 (my 17th birthday)...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...