BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 20, 2011

Rumah Laksamana Juara !!


LAKSAMANA TERBAEKK !!

Hai semua.. Walaupun Kejohanan Olahraga SMK Sungkai dah habis 13 Julai lalu, tapi rasanya post nie masih belum terlambat.. Tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah LAKSAMANA 2011.. Saye memang kurang aktif sukan tapi saye tetap meyumbang markah untuk LAKSAMANA pada sukantara hari tue... (walaupun sikit, tapi tetap sumbang.. hahaha..)

Setelah selesai acara sukantara dan sukan mini, tibalah giliran Kejohanan Olahraga berlangsung... Selain acara perbarisan dan balapan, ada pertandingan lain yang diadakan iaitu PERTANDINGAN HIASAN RUMAH SUKAN... Kat sekolah lain pun ada buat pertandingan nie kan?? Tapi SMKS lain dari lain sebab kami bukan ditugaskan untuk hias khemah, tapi TIANG GOL !!! Pelik kan... Siapa yang bukan SMKS mesti rase pelik sebab ramai yang tanya kenapa tiang gol... Tak tahulah sebabnya.. Yang pasti hias tiang gol lebih mencabar kreativiti daripada hias khemah !! Bayangkanlah... 

Rekaan awal

Saya telah ditugaskan untuk reka hiasan rumah nie.. Happy sangat.. Setelah bincang, kami putuskan untuk buat tema ALA-ALA DIRAJA untuk rumah dan perbarisan.. Maka, bermulalah minggu yang amat memenatkan.. Kami semua tak cukup tidur dan keletihan.. Tapi nak buat macam mana, dah tugas... 

Petang terakhir sebelum sukan tu, kami semua balik pukul 7 lebih.. Memang penat... Tapi puas hati kerana hasilnya AMAT MEMBANGGAKAN.. haha.. Nak tengok hasilnya?? 





thanks to MoHd HAfiz for the pic..
PERBARISAN (thanks to MoHd HAfiz for the pic)
Keputusannya, Rumah LAKSAMANA dapat nombor 2... Ok la.. Walaupun tak puas hati sebab keputusan tu ada kontroversi sikit, tapi kami redha je la.. Ape kontroversinya?? Biarlah rahsia... haha.. Tapi LAKSAMANA tetap menjadi JUARA keseluruhan.. 

Tapi ada yang lebih sedih sebab BSMM kalah perbarisan kawat kaki.. Geram tol.. Tapi benda dah lepas, biar je la.. Kalau difikirkan buat sakit jiwa je.. Apa-apa pun, korang memang gempak la BSMM.. Terima kasih kepada semua yang datang latihan tiap petang.. 

GO BSMM !!




p/s; thanks to Mohd Hafiz and Lina Mohd Ali for the pic.. (^_^)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...