BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 2, 2011

Talkshow Siti di Astro Ria

Wowww!!
Itulah perasaan saya setelah mendapat tahu bahawa DCT akan mempunyai program bual bicaranya sendiri. Setelah bergelar penyanyi nombor 1 Malaysia, DCT terus mengorak langkah sebagai usahawan wanita berjaya melalui SIMPLY SITI. Kini, beliau bergelar pengacara pula menerusi program bual bicara yang bertajuk `SITI' di Astro Ria, Februari ini.

Program bual bicara ini berkonsepkan inspirasi, motivasi dan hiburan. Lebih dari sekadar program bual bicara, memberi nafas baru & inspirasi kepada penonton. Terdapat 5 segmen dalam program bual bicara ini iaitu:

1.OPENING GAMBIT
Dimulai dengan visual klip video pendek yang dimulakan dengan lagu, pembukaan program ini adalah sebagai teaser diawal program sebelum montage dimainkan dan kemudiannya disambung terus ke studio.

2.WAWANCARA
Segmen ini memberi peluang kepada hos DCT untuk menyerlahkan sifat-sifat beliau yang memberi inspirasi, bermotivasi & simpati. Beliau akan menjadi “role model” sekaligus berkongsi kisah hidup menempuh kepayahan sehingga berjaya. Tetamu jemputan yang dijemput juga mempunyai nilai kisah hidup yang sama seperti DCT. Membicarakan kisah liku-liku kehidupan yang ditempuh serta mengutarakan pendapat, berkongsi pengalaman dan kejayaan mereka.

3.SENTUHAN KASIH
Segmen ini akan memaparkan kisah hidup segelintir masyarakat kita yang mengalami kesusahan dan kemiskinan di mana penonton dapat melihat secara dekat mengenai kepayahan mereka dalam menempuh kehidupan seharian. DCT akan berkongsi penderitaan mereka yang kurang bernasib baik dan program ini diharap dapat memberikan pengajaran dan mempertontonkan keprihatinan rakyat Malaysia.

4.INTERAKSI BERSAMA PENONTON
Segmen ini pula DCT akan menyanyikan lagu-lagu yang dipilih setiap minggu. Dan kemudian diikuti dengan sesi dialog bersama penonton.

5.MUSICAL TALENT (PERSEMBAHAN PENUTUP)
Segmen ini akan memperkenal dan mempamerkan bakat-bakat muzikal yang khusus dan unik bagi setiap episod. Pemuzik jemputan akan membuat persembahan bersama DCT di atas pentas sama ada menyanyi bersama mahupun memainkan alat muzik mengiringi nyanyian DCT.

Ini antara watak yang dibawa oleh DCT dalam segmen OPENING GAMBIT:

 watak Ros dalam scene Pendekar Bujang Lapuk

watak camerawoman

watak audiowoman bersama Lisa Surihani

watak Norkiah dalam scene masam-masam manis
Tak sabar nak tengok macam mana DCT mengacara. Apa-apa pun program nie mesti lain dari yang lain. Jadi, nantikan program bual bicara `SITI' Februari ini di Astro Ria. Jangan lupa tau!!

p/s: thanks to facebook SITI TALKSHOW@ASTRO RIA

2 comments:

mekchu said...

suka DCT sangat2...... for sure kena tgk show ni..

fuadzone said...

mekchu: thanks follow blog saye yang x seberapa nie.. saya pun peminat DCT jugak.. sama2 la kite tunggu show nie 12 Feb 2011 nanti... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...