BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

thanks to GOOGLE
Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya. Banyak kenangan yang berlaku sepanjang tahun 2010. Ada yang manis untuk dikenang dan tak lupa juga yang pahit untuk diingati. Tapi, hidup mesti diteruskan. 

Tahun 2011 merupakan tahun yang penting dalam hidup saya kerana tahun ini saya akan menduduki SPM. Rupa-rupanya dah 12 tahun saya menuntut ilmu sejak tadika hingga la sekarang. Cepat betul masa berlalu. Banyak perkara yang saya telah pelajari sepanjang tempoh masa ini. Saya mengenali erti persahabatan, suka duka sebagai pelajar, dipuji dan dimarahi serta banyak lagi. Namun, pengalaman ini mematangkan lagi diri saya.

Harapan saya sempena tahun 2011 ialah semoga tahun ini menjadi lebih baik dari sebelumnya. Amin.. Azam tahun baru?? Biarlah rahsia... huhuhu...

p/s: 1.1.11 (my 17th birthday)...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...