BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 16, 2010

Sejarah Trofi Piala Dunia


Piala pertama yang mengambil sempena nama Jules Rimet, Presiden FIFA yang pertama yang juga pengasas kejohanan tersebut telah diukir oleh pereka terkenal Perancis, Abel La Fleur,berbentuk oktagonal berlambangkan bumi dipegang oleh Dewa Kemenangan yang bernama Nike (dewa Greek purba). Ia diperbuat daripada emas padu,mempunyai berat 3.8 kg dan tinggi 35 cm.

Selepas tiga kejohanan pertama Piala Dunia, dunia dilanda Perang Dunia ke 2 yang menyaksikan ia terhenti selama 12 tahun sebelum di sambung semula pada tahun 1950 di Brazil. Piala Jules Rimet (juga dikenali sebagai World Cup atau Coupe du Monde) pernah dicuri sewaktu dipamerkan di Stampex Exhibition di Westminster Central Hall, London saat menjelangnya Piala Dunia 1966 di England. Namun, ia ditemukan 7 hari kemudian oleh seekor anjing bernama Pickles.

Akhirnya, pada Piala Dunia 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan Brazil menyimpan Piala Jules Rimet buat selama-lamanya apabila negara itu telah berjaya muncul sebagai negara pertama memenangi 3 kejuaraan piala berkenaan pada 1958,1962 dan 1970.

Kejadian yang tidak disangka berlaku pada tahun 1983 apabila piala keagungan itu hilang selama-lamanya apabila dicuri daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan. Piala tersebut tidak dijumpai sehingga hari ini.

Badan induk FIFA kemudiannya membuat piala dunia baru dengan berat menggunakan emas 18 karat, 36 cm tinggi dan mempunyai berat 4.97 kg. Piala ini telah direka oleh pereka terkenal Itali, Silvio Gazzaniaga dan ia telah digunakan sehingga sekarang. FIFA menetapkan hanya ketua-ketua Negara dan pemenang Piala Dunia sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut.

Replika piala yang disaluti emas akan diberikan kepada pemenang untuk disimpan. Piala yang asli tidak akan diberikan kerana FIFA telah mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku dahulu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...