![]() |
Thursday, December 30, 2010
Malaysia Juara !!
Posted by fuadzone at 6:39 PM 0 comments
Sunday, December 26, 2010
Malaysia Boleh !!
Malam nie perlawanan akhir pertama PIALA AFF SUZUKI 2010 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia layak ke pusingan akhir setelah menewaskan pasukan Vietnam pada separuh akhir yang lalu.
Pasukan Malaysia akan menentang pasukan Indonesia pada 26.12.2010 (malam nie) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seterusnya, perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29.12.2010 (Rabu).
![]() |
Stadium Nasional Bukit Jalil, KL |
Posted by fuadzone at 11:56 AM 0 comments
Friday, December 24, 2010
Selesai!!!!
Posted by fuadzone at 6:43 PM 2 comments
Tuesday, December 14, 2010
Under Construction !!
Posted by fuadzone at 4:57 PM 0 comments
Wednesday, September 8, 2010
♥ Salam Aidilfitri ♥
Maaf Zahir Batin

Seperti biasa, setelah sebulan umat Islam berpuasa, menahan diri daripada lapar, dahaga dan hawa nafsu, kini tiba hari yang dinanti iaitu hari kemenangan.
Semua umat Islam bergembira membeli-belah, membuat kuih muih, mengemas dan menghias rumah serta pulang ke kampung. Perayaan yang disambut setahun sekali ini meriah dengan persiapan dari segala aspek. Namun harus diingat supaya tidak membazir dan berlebih-lebihan.
PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN HARI RAYA:
1. MAKANAN/KUIH RAYA
Makanan dan kuih raya memang sinonim dengan hari raya. Antara makanan wajib hari raya ialah lemang, ketupat, dan rendang. Kuih yang popular pula ialah semperit, tat nenas dan rempeyek.
2. DUIT RAYA
Ini memang menjadi kelaziman setiap kali hari raya. Kanak-kanak akan beratur minta duit raya terutamanya daripada saudara-mara. Kesian siapa yang kena bagi duit raya..
hahaha.. Anggap sebagai sedekah je la..
3. RANCANGAN TELEVISYEN
Seperti biasa, setiap tahun semua stesen tv akan berlumba-lumba menyiarkan program2 yang menarik untuk meningkatkan rating tv masing2.. Filem, konsert, drama, dan lain2 semuanya best.. Tapi jangan berlebihan pulak ye...
Itulah serba sedikit entry pasal hari raya kali ini. Diharap semuanya bergembira di hari yang mulia ini. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa. Saya juga ingin memberi pesanan supaya berhati-hati di jalan raya dan jangan main mercun.. Bahaya tau..
Akhir kata, SALAM LEBARAN dan MAAF ZAHIR BATIN...
Posted by fuadzone at 9:41 PM 0 comments
Wednesday, June 16, 2010
Sejarah Trofi Piala Dunia
Piala pertama yang mengambil sempena nama Jules Rimet, Presiden FIFA yang pertama yang juga pengasas kejohanan tersebut telah diukir oleh pereka terkenal Perancis, Abel La Fleur,berbentuk oktagonal berlambangkan bumi dipegang oleh Dewa Kemenangan yang bernama Nike (dewa Greek purba). Ia diperbuat daripada emas padu,mempunyai berat 3.8 kg dan tinggi 35 cm.
Selepas tiga kejohanan pertama Piala Dunia, dunia dilanda Perang Dunia ke 2 yang menyaksikan ia terhenti selama 12 tahun sebelum di sambung semula pada tahun 1950 di Brazil. Piala Jules Rimet (juga dikenali sebagai World Cup atau Coupe du Monde) pernah dicuri sewaktu dipamerkan di Stampex Exhibition di Westminster Central Hall, London saat menjelangnya Piala Dunia 1966 di England. Namun, ia ditemukan 7 hari kemudian oleh seekor anjing bernama Pickles.
Akhirnya, pada Piala Dunia 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan Brazil menyimpan Piala Jules Rimet buat selama-lamanya apabila negara itu telah berjaya muncul sebagai negara pertama memenangi 3 kejuaraan piala berkenaan pada 1958,1962 dan 1970.
Kejadian yang tidak disangka berlaku pada tahun 1983 apabila piala keagungan itu hilang selama-lamanya apabila dicuri daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan. Piala tersebut tidak dijumpai sehingga hari ini.Badan induk FIFA kemudiannya membuat piala dunia baru dengan berat menggunakan emas 18 karat, 36 cm tinggi dan mempunyai berat 4.97 kg. Piala ini telah direka oleh pereka terkenal Itali, Silvio Gazzaniaga dan ia telah digunakan sehingga sekarang. FIFA menetapkan hanya ketua-ketua Negara dan pemenang Piala Dunia sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut.
Replika piala yang disaluti emas akan diberikan kepada pemenang untuk disimpan. Piala yang asli tidak akan diberikan kerana FIFA telah mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku dahulu.
Posted by fuadzone at 6:36 PM 0 comments
Welcome World Cup 2010
Piala Dunia merupakan pertandingan bola sepak yang paling agung dan sentiasa dinantikan. Pertandingan ini diadakan setiap 4 tahun sejak 1930 (kecuali tahun 1942 dan 1946 disebabkan Perang Dunia ke-II). Pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia. Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya 7 negara sahaja yang pernah menang iaitu BRAZIL(5 kali), ITALI(4 kali), JERMAN(3kali), ARGENTINA(2 kali), URUGUAY(2 kali), PERANCIS & ENGLAND.Selepas Jerman menjadi tuan rumah pada 2006, kini giliran Afrika Selatan pula menjadi tuan rumah.Segala persiapan telah dijalankan sejak awal lagi seperti membina stadium baru. Rakyat Afrika Selatan pasti teruja dengan kemeriahan Piala Dunia kali ini. Penduduk DUNIA pasti berpusu-pusu ke sana untuk menyaksikan pertandingan ini secara `live'.

2. Moses Mabhida Stadium

3. Nelson Mandela Bay Stadium

4. Greenpoint Stadium

5. Ellis Park

6. Peter Mokaba Stadium

7. Free State Stadium

8. Mbombela Stadium

9. Royal Bafokeng Stadium

10. Loftus Versveld

Nantikan.....
Posted by fuadzone at 4:26 PM 0 comments
Tuesday, June 8, 2010
Budak Mata Biru??
Bunyi cam pelik je kan??? Tapi itulah yang terjadi kepada adik Zulfazli Zaidi. Mata hitam beliau berubah menjadi biru selepas 2 minggu dilahirkan. Mengikut cerita ibunya, Khatijah Kassim, sewaktu mengandung, beliau gemar membelai kucing yang bermata biru.
Yang peliknya, selepas Zulfazli lahir, kucing tersebut tidak lagi kelihatan. Selain itu, beliau juga hairan kerana ketika usia Zulfazli kurang setahun, anaknya itu memiliki bulu kening panjang dan misai. Anaknya juga sering mendapat perhatian orang ramai yang ingin bergambar dengannya.
p/s: apa2 pun cantik mata tu, macam mat saleh.. tak payah pakai kanta lekap.. huhuhu..
Posted by fuadzone at 8:41 PM 1 comments
Monday, June 7, 2010
Dunia Baru Reunion
Masih ingat lagi cerita Dunia Baru kat TV3 dulu?? Dunia Baru The Movie?? Ha, kalau ingat dan suka cerita ini, ada berita baik untuk anda. Dunia Baru Reunion merupakan sambungan kisah ini. Cerita ini tidak ditayangkan di tv, tapi di gua.com. Anda boleh tengok episod baru setiap hari isnin,rabu dan jumaat bermula hari ini. Saya dah tengok episod 1, boleh tahan jugaklah.
Cerita ini mengenai mereka yang sudah berada di alam pekerjaan. Tajol, rakan mereka ingin mengadakan reunion di Bali dan menjemput mereka semua dengan bayaran RM 1,500. Pelbagai kisah dan peristiwa berlaku. Kelainan cerita kali ini ialah Opie(Elyana) telah menjadi XXL(gemuk). Selain itu, banyak jugaklah watak yang telah mengalami `transformasi'. Nak tengok?? KLIK SINI.
Jangan lupa saksikan..
Posted by fuadzone at 1:07 PM 0 comments
SHAHIR Ikon Belia Negeri Perak 2010
Semalam, 6 Jun 2010 telah berlangsungnya majlis sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Perak di Arena Square, Teluk Intan. Salah seorang yang menerima anugerah tersebut ialah Shahir, juara Akademi Fantasi 8. Beliau yang berasal dari Kampar, Perak ini telah menerima anugerah tersebut daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.
Beliau dipilih sebagai penerima anugerah berdasarkan kejayaan beliau dalam bidang seni dan ketika di sekolah. Ketika bersekolah, beliau sering merangkul kejayaan dalam pertandingan yang berasaskan agama seperti johan qari sekolah-sekolah.
Selain beliau, 12 individu lain turut menerima anugerah termasuk perenang dua beradik, Salman Ali Abdul Halim dan kakaknya, Zaharah Masoumah atas kejayaan berenang merentasi Selat Melaka. Tahniah!!
Jom cuci mata..p/s: gambar diambil dari facebook rasmi SHAHIR AF8
Posted by fuadzone at 12:15 PM 0 comments
Sunday, June 6, 2010
Muhammad Fuad Bin Saaid
Assalamualaikum semua..
Inilah post pertama saya di blog terbaru saya ini. Blog nie dibina sekadar untuk berkongsi tentang apa yang dilihat melalui KACA MATAKU ini bersama anda. Harap anda suke la ye.. Nak tahu tentang saya? Baca nie...
Semasa dilahirkan pada tanggal 01 Januari 1994, diriku ini telah diberi nama Muhammad Fuad Bin Saaid. Saya telah dilahirkan di Hospital Tapah,Perak. Saya nie anak keempat daripada empat adik-beradik. *kira anak bongsu la nie.. Alhamdulillah, saya telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang.. Setelah umur mencecah 6 tahun, saya bersekolah di Tadika Islam Sungkai dan kemudian bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungkai, Perak.. *dekat umah je.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah mendapat 5A dalam UPSR2006 atas berkat guru-guru dan ibu bapa... Terima kasih semua!!!
Kemudian, Saya menimba ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaa Sungkai, Perak. Saya masuk pada tahun 2007 dan sehingga kini saya masih bersekolah disana. Pada tahun lepas, saya telah menduduki PMR dan berjaya memperoleh 8A.. * thanks to cikgu2, kawan2 dan keluarga♥.. Saya gembira kerana menjadi salah seorang daripada warga SMK Sungkai.. Sekarang saya berada di Tingkatan 4 dan akan menduduki SPM tahun depan.. Harap-harap kejayaan akan berulang... *wish me luck!!!
Inilah serba sedikit tentang diri saya... Kalau nak tahu lagi, just ask me, ok....
p/s: thanks to AZHAM DION sebab tolong saya buat blog nie.. ♥♥♥
Posted by fuadzone at 7:11 PM 0 comments