BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Thursday, August 11, 2011

Produk SimplySiti HALAL


Baru-baru nie ade satu blog nie (cikgu plak tu) bagi tahu yang produk SimplySiti HARAM kerana berus pemerah pipi SimplySiti diperbuat dari bulu babi. Namun, semua tue FITNAH semata-mata kerana Jakim dah umumkan bahawa sebenarnya semua produk SimplySiti HALAL !!


Ekoran dari isu tuduhan bahawa berus milik produk SimplySiti mengandungi bulu babi, sebentar tadi pihak SimplySiti telah mengirim kenyataan rasmi dari Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

1. Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Hab Halal, JAKIM berasa kesal dengan penyebaran dakwaan di atas kerana ia begitu jelas boleh mengelirukan para pengguna Islam dan menjejaskan imej perniagaan pengeluar. Untuk makluman, maklumat berkenaan adalah kurang tepat dan tidak terkini.

2. Pihak kami dengan ini menjelaskan bahawa berus yang ditemui BUKANLAH BERUS YANG DIGUNAKAN DI DALAM PRODUK SIMPLYSITI tetapi adalah berus yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Pihak Simplysiti telah mengambil tindakan pembetulan dengan mengeluarkan berus berkenaan daripada kawasan proses dan telah menjalankan proses samak sebaik sahaja keputusan laporan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia dimaklumkan kepada pihak SimplySiti.

3. Kami juga telah menerima laporan pengesahan samak yang dikeluarkan oleh Korean Muslim Federation (KMF) dan disahkan oleh A. Rahman Lee, Ju Hwa (Imam Besar Masjid Seoul).

4. Kami dengan ini mengesahkan bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar. Senarai produk tersebut adalah seperti di Lampiran A.

5. Sehubungan dengan itu, pihak kami menasihati masyarakat agar berhatihati dengan sebarang maklumat yang disebarkan melalui laman sosial atau internet dan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan tentang status halal sesuatu produk, sila hubungi Bahagian Hab Halal JAKIM.

*sumber: GUA.COM.MY


Jadi, kepada pihak yang memFITNAH tue, tahniah diucapkan kerana berjaya menambah DOSA di bulan yang mulia nie. Kesian kat Dato' Siti sebab dari dulu tak habis-habis orang nak jatuhkan die. Macam mane orang Melayu nak maju kalau ada perasaan PHD dalam hati. Huhhh !! 


(blog cikgu tue dah removed.. takut la tu.. KLIK SINI)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...