BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Sunday, July 17, 2011

APM 2011: Siti Paling Popular Lebih Sedekad !!

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR SEDEKAD APM




Itulah anugerah terbaru yang diperolehi oleh DATO' SITI NURHALIZA.. Beliau telah ditabalkan sebagai Artis Serantau Paling Popular Sedekad APM walaupun Siti tewas dalam 2 kategori iaitu Kolaborasi Terbaik ( ft. Kris Dayanti) dan Album Terbaik (CTKD).. 


Siti menerima pengiktirafan tersebut setelah  mendominasi kategori ini selama lebih 10 tahun.. Pencapaian ini amat membanggakan rakyat Malaysia kerana Siti merupakan satu-satunya artis yang berjaya mengekalkan popularitinya di rantau Asean selama lebih sedekad.. Woww.. Oleh itu, pihak APM telah memutuskan untuk TIDAK mencalonkan Siti dalam kategori popular di APM akan datang :( (mesti mereka takut Siti pegang anugerah ni sampai mati kot.. huhu..)




Malam tersebut juga Siti ada membuat 2 persembahan.. Persembahan pertama, Siti berduet bersama Jaclyn Victor dan Melly Goeslaw.. Mereka menyampaikan medley lagu Menghitung Hari dan Jika.. Segmen ini tribute untuk Melly yang diberi Anugerah Khas APM atas jasanya kepada indusri seni..




Persembahan kedua pula Siti menyampaikan lagu barunya, Falling In Love dengan uniform ala ala tentera rekaan Rizman Ruzaini.. Sangat best.. Superb !!




Inilah saat yang penuh bermakna buat Siti dan seluruh peminatnya di serantau Asean...




TAHNIAH DATO' SITI NURHALIZA !!


p/s: thanks to Youtube, Google, & Gua.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...