BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Wednesday, July 20, 2011

Rumah Laksamana Juara !!


LAKSAMANA TERBAEKK !!

Hai semua.. Walaupun Kejohanan Olahraga SMK Sungkai dah habis 13 Julai lalu, tapi rasanya post nie masih belum terlambat.. Tahniah diucapkan kepada semua ahli rumah LAKSAMANA 2011.. Saye memang kurang aktif sukan tapi saye tetap meyumbang markah untuk LAKSAMANA pada sukantara hari tue... (walaupun sikit, tapi tetap sumbang.. hahaha..)

Setelah selesai acara sukantara dan sukan mini, tibalah giliran Kejohanan Olahraga berlangsung... Selain acara perbarisan dan balapan, ada pertandingan lain yang diadakan iaitu PERTANDINGAN HIASAN RUMAH SUKAN... Kat sekolah lain pun ada buat pertandingan nie kan?? Tapi SMKS lain dari lain sebab kami bukan ditugaskan untuk hias khemah, tapi TIANG GOL !!! Pelik kan... Siapa yang bukan SMKS mesti rase pelik sebab ramai yang tanya kenapa tiang gol... Tak tahulah sebabnya.. Yang pasti hias tiang gol lebih mencabar kreativiti daripada hias khemah !! Bayangkanlah... 

Rekaan awal

Saya telah ditugaskan untuk reka hiasan rumah nie.. Happy sangat.. Setelah bincang, kami putuskan untuk buat tema ALA-ALA DIRAJA untuk rumah dan perbarisan.. Maka, bermulalah minggu yang amat memenatkan.. Kami semua tak cukup tidur dan keletihan.. Tapi nak buat macam mana, dah tugas... 

Petang terakhir sebelum sukan tu, kami semua balik pukul 7 lebih.. Memang penat... Tapi puas hati kerana hasilnya AMAT MEMBANGGAKAN.. haha.. Nak tengok hasilnya?? 





thanks to MoHd HAfiz for the pic..
PERBARISAN (thanks to MoHd HAfiz for the pic)
Keputusannya, Rumah LAKSAMANA dapat nombor 2... Ok la.. Walaupun tak puas hati sebab keputusan tu ada kontroversi sikit, tapi kami redha je la.. Ape kontroversinya?? Biarlah rahsia... haha.. Tapi LAKSAMANA tetap menjadi JUARA keseluruhan.. 

Tapi ada yang lebih sedih sebab BSMM kalah perbarisan kawat kaki.. Geram tol.. Tapi benda dah lepas, biar je la.. Kalau difikirkan buat sakit jiwa je.. Apa-apa pun, korang memang gempak la BSMM.. Terima kasih kepada semua yang datang latihan tiap petang.. 

GO BSMM !!




p/s; thanks to Mohd Hafiz and Lina Mohd Ali for the pic.. (^_^)

Sunday, July 17, 2011

APM 2011: Siti Paling Popular Lebih Sedekad !!

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR SEDEKAD APM




Itulah anugerah terbaru yang diperolehi oleh DATO' SITI NURHALIZA.. Beliau telah ditabalkan sebagai Artis Serantau Paling Popular Sedekad APM walaupun Siti tewas dalam 2 kategori iaitu Kolaborasi Terbaik ( ft. Kris Dayanti) dan Album Terbaik (CTKD).. 


Siti menerima pengiktirafan tersebut setelah  mendominasi kategori ini selama lebih 10 tahun.. Pencapaian ini amat membanggakan rakyat Malaysia kerana Siti merupakan satu-satunya artis yang berjaya mengekalkan popularitinya di rantau Asean selama lebih sedekad.. Woww.. Oleh itu, pihak APM telah memutuskan untuk TIDAK mencalonkan Siti dalam kategori popular di APM akan datang :( (mesti mereka takut Siti pegang anugerah ni sampai mati kot.. huhu..)




Malam tersebut juga Siti ada membuat 2 persembahan.. Persembahan pertama, Siti berduet bersama Jaclyn Victor dan Melly Goeslaw.. Mereka menyampaikan medley lagu Menghitung Hari dan Jika.. Segmen ini tribute untuk Melly yang diberi Anugerah Khas APM atas jasanya kepada indusri seni..




Persembahan kedua pula Siti menyampaikan lagu barunya, Falling In Love dengan uniform ala ala tentera rekaan Rizman Ruzaini.. Sangat best.. Superb !!




Inilah saat yang penuh bermakna buat Siti dan seluruh peminatnya di serantau Asean...




TAHNIAH DATO' SITI NURHALIZA !!


p/s: thanks to Youtube, Google, & Gua.com

Monday, July 11, 2011

Falling In Love With Dato' Siti

 OMG !!! 



Wowww... Best giler lagu baru Dato' Siti nie... Lain dari ynag lain.. Walaupun lagu inggeris, tapi ada unsur @ lenggok melayu sikit-sikit... Pada 15 Julai nanti, Dato' Siti akan nyanyi lagu nie lagi di Anugerah Planet Muzik 2011 Singapura... Katanya ada KEJUTAN.... Kita nantikan bersama... 

Jom layan lagu baru nie, Falling In Love (live at Malam Gala Simply Siti @ UITM Shah Alam)


Sebelum nie, Siti ada promote lagu baru die yang satu lagi.. Tajuknya Nobody Else.. Best jugak lagu tue... Jom dengar sama-sama...


Album nie akan keluar 9 September nanti... Jangan lupa beli tau.. Mesti gempak... TERBAIK !!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...