BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Wednesday, June 16, 2010

Sejarah Trofi Piala Dunia


Piala pertama yang mengambil sempena nama Jules Rimet, Presiden FIFA yang pertama yang juga pengasas kejohanan tersebut telah diukir oleh pereka terkenal Perancis, Abel La Fleur,berbentuk oktagonal berlambangkan bumi dipegang oleh Dewa Kemenangan yang bernama Nike (dewa Greek purba). Ia diperbuat daripada emas padu,mempunyai berat 3.8 kg dan tinggi 35 cm.

Selepas tiga kejohanan pertama Piala Dunia, dunia dilanda Perang Dunia ke 2 yang menyaksikan ia terhenti selama 12 tahun sebelum di sambung semula pada tahun 1950 di Brazil. Piala Jules Rimet (juga dikenali sebagai World Cup atau Coupe du Monde) pernah dicuri sewaktu dipamerkan di Stampex Exhibition di Westminster Central Hall, London saat menjelangnya Piala Dunia 1966 di England. Namun, ia ditemukan 7 hari kemudian oleh seekor anjing bernama Pickles.

Akhirnya, pada Piala Dunia 1970 di Mexico, FIFA telah memutuskan Brazil menyimpan Piala Jules Rimet buat selama-lamanya apabila negara itu telah berjaya muncul sebagai negara pertama memenangi 3 kejuaraan piala berkenaan pada 1958,1962 dan 1970.

Kejadian yang tidak disangka berlaku pada tahun 1983 apabila piala keagungan itu hilang selama-lamanya apabila dicuri daripada Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF) dan dipercayai telah dileburkan. Piala tersebut tidak dijumpai sehingga hari ini.

Badan induk FIFA kemudiannya membuat piala dunia baru dengan berat menggunakan emas 18 karat, 36 cm tinggi dan mempunyai berat 4.97 kg. Piala ini telah direka oleh pereka terkenal Itali, Silvio Gazzaniaga dan ia telah digunakan sehingga sekarang. FIFA menetapkan hanya ketua-ketua Negara dan pemenang Piala Dunia sahaja yang boleh menyentuh piala tersebut.

Replika piala yang disaluti emas akan diberikan kepada pemenang untuk disimpan. Piala yang asli tidak akan diberikan kerana FIFA telah mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku dahulu.

Welcome World Cup 2010


Piala Dunia merupakan pertandingan bola sepak yang paling agung dan sentiasa dinantikan. Pertandingan ini diadakan setiap 4 tahun sejak 1930 (kecuali tahun 1942 dan 1946 disebabkan Perang Dunia ke-II). Pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia. Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya 7 negara sahaja yang pernah menang iaitu BRAZIL(5 kali), ITALI(4 kali), JERMAN(3kali), ARGENTINA(2 kali), URUGUAY(2 kali), PERANCIS & ENGLAND.Selepas Jerman menjadi tuan rumah pada 2006, kini giliran Afrika Selatan pula menjadi tuan rumah.Segala persiapan telah dijalankan sejak awal lagi seperti membina stadium baru. Rakyat Afrika Selatan pasti teruja dengan kemeriahan Piala Dunia kali ini. Penduduk DUNIA pasti berpusu-pusu ke sana untuk menyaksikan pertandingan ini secara `live'.


MASKOT PIALA DUNIA 2010, ZAKUMI
BOLA RASMI PIALA DUNIA 2010, JABULANI

KUMPULAN-KUMPULAN PIALA DUNIA 2010

STADIUM-STADIUM RASMI PIALA DUNIA 2010
1. Soccer City
2. Moses Mabhida Stadium

3. Nelson Mandela Bay Stadium
4. Greenpoint Stadium
5. Ellis Park
6. Peter Mokaba Stadium
7. Free State Stadium
8. Mbombela Stadium
9. Royal Bafokeng Stadium
10. Loftus Versveld

Piala Dunia kali ini pasti meriah dengan sorakan kegembiraan peminat bola sepak seluruh dunia. Sokonglah pasukan kegemaran anda. Menang kalah adat pertandingan. Siapa JUARA??
Nantikan.....





Tuesday, June 8, 2010

Budak Mata Biru??


Bunyi cam pelik je kan??? Tapi itulah yang terjadi kepada adik Zulfazli Zaidi. Mata hitam beliau berubah menjadi biru selepas 2 minggu dilahirkan. Mengikut cerita ibunya, Khatijah Kassim, sewaktu mengandung, beliau gemar membelai kucing yang bermata biru.

Yang peliknya, selepas Zulfazli lahir, kucing tersebut tidak lagi kelihatan. Selain itu, beliau juga hairan kerana ketika usia Zulfazli kurang setahun, anaknya itu memiliki bulu kening panjang dan misai. Anaknya juga sering mendapat perhatian orang ramai yang ingin bergambar dengannya.

p/s: apa2 pun cantik mata tu, macam mat saleh.. tak payah pakai kanta lekap.. huhuhu..

Monday, June 7, 2010

Dunia Baru Reunion


Masih ingat lagi cerita Dunia Baru kat TV3 dulu?? Dunia Baru The Movie?? Ha, kalau ingat dan suka cerita ini, ada berita baik untuk anda. Dunia Baru Reunion merupakan sambungan kisah ini. Cerita ini tidak ditayangkan di tv, tapi di gua.com. Anda boleh tengok episod baru setiap hari isnin,rabu dan jumaat bermula hari ini. Saya dah tengok episod 1, boleh tahan jugaklah.

Cerita ini mengenai mereka yang sudah berada di alam pekerjaan. Tajol, rakan mereka ingin mengadakan reunion di Bali dan menjemput mereka semua dengan bayaran RM 1,500. Pelbagai kisah dan peristiwa berlaku. Kelainan cerita kali ini ialah Opie(Elyana) telah menjadi XXL(gemuk). Selain itu, banyak jugaklah watak yang telah mengalami `transformasi'. Nak tengok?? KLIK SINI.

Jangan lupa saksikan..

SHAHIR Ikon Belia Negeri Perak 2010


Semalam, 6 Jun 2010 telah berlangsungnya majlis sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Perak di Arena Square, Teluk Intan. Salah seorang yang menerima anugerah tersebut ialah Shahir, juara Akademi Fantasi 8. Beliau yang berasal dari Kampar, Perak ini telah menerima anugerah tersebut daripada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau dipilih sebagai penerima anugerah berdasarkan kejayaan beliau dalam bidang seni dan ketika di sekolah. Ketika bersekolah, beliau sering merangkul kejayaan dalam pertandingan yang berasaskan agama seperti johan qari sekolah-sekolah.


Selain beliau, 12 individu lain turut menerima anugerah termasuk perenang dua beradik, Salman Ali Abdul Halim dan kakaknya, Zaharah Masoumah atas kejayaan berenang merentasi Selat Melaka. Tahniah!!


Jom cuci mata..
p/s: gambar diambil dari facebook rasmi SHAHIR AF8

Sunday, June 6, 2010

Muhammad Fuad Bin Saaid


Assalamualaikum semua..
Inilah post pertama saya di blog terbaru saya ini. Blog nie dibina sekadar untuk berkongsi tentang apa yang dilihat melalui KACA MATAKU ini bersama anda. Harap anda suke la ye.. Nak tahu tentang saya? Baca nie...

Semasa dilahirkan pada tanggal 01 Januari 1994, diriku ini telah diberi nama Muhammad Fuad Bin Saaid. Saya telah dilahirkan di Hospital Tapah,Perak. Saya nie anak keempat daripada empat adik-beradik. *kira anak bongsu la nie.. Alhamdulillah, saya telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang..
Setelah umur mencecah 6 tahun, saya bersekolah di Tadika Islam Sungkai dan kemudian bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungkai, Perak.. *dekat umah je.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya telah mendapat 5A dalam UPSR2006 atas berkat guru-guru dan ibu bapa... Terima kasih semua!!! Kemudian, Saya menimba ilmu di Sekolah Menengah Kebangsaa Sungkai, Perak. Saya masuk pada tahun 2007 dan sehingga kini saya masih bersekolah disana. Pada tahun lepas, saya telah menduduki PMR dan berjaya memperoleh 8A.. * thanks to cikgu2, kawan2 dan keluarga♥.. Saya gembira kerana menjadi salah seorang daripada warga SMK Sungkai.. Sekarang saya berada di Tingkatan 4 dan akan menduduki SPM tahun depan.. Harap-harap kejayaan akan berulang... *wish me luck!!!

Inilah serba sedikit tentang diri saya... Kalau nak tahu lagi, just ask me, ok....


p/s: thanks to AZHAM DION sebab tolong saya buat blog nie.. ♥♥♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...