BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara !!


Akhirnya penantian selama 14 tahun berakhir malam tadi apabila MALAYSIA berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Walaupun MALAYSIA tewas 1-2 pada final kedua malam tadi, namun MALAYSIA berjaya mengalahkan INDONESIA menerusi agregat 4-2. HARIMAU MALAYA berjaya membaham SANG GARUDA 3-0 ketika final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, KL Ahad lalu.


Kejayaan tersebut bertambah manis apabila pemain MALAYSIA, Mohd Safee Sali dinobatkan sebagai PENJARING GOL TERBANYAK. Beliau berjaya menjaringkan 5 gol buat MALAYSIA sepanjang edisi 2010 ini. 


TAHNIAH buat pasukan MALAYSIA. Semoga kejayaan ini dapat membakar semangat mereka supaya terus mengecapi kejayaan pada masa akan datang. 
MALAYSIA BOLEH !!



Sunday, December 26, 2010

Malaysia Boleh !!


Malam nie perlawanan akhir pertama PIALA AFF SUZUKI 2010 akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia layak ke pusingan akhir setelah menewaskan pasukan Vietnam pada separuh akhir yang lalu. 


Pasukan Malaysia akan menentang pasukan Indonesia pada 26.12.2010 (malam nie) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Seterusnya, perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada 29.12.2010 (Rabu).


Stadium Nasional Bukit Jalil, KL
 Jadi, marilah semua rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya sendiri memberi sokongan yang padu kepada psukan Malaysia. Seluruh rakyat Malaysia berharap agar Piala tersebut akan menjadi milik Malaysia buat kali pertama. Ayuh pasukan Malaysia, lakukan yang TERBAIK demi maruah negara yang kita cintai ini. 


MALAYSIA BOLEH !!

p/s: laman web rasmi Piala AFF Suzuki 2010, klik SINI

Friday, December 24, 2010

Selesai!!!!


Akhirnya, blog nie dah selesai dikemaskini dan BERWAJAH BARU.... Yang pasti lebih cantik dan menarik dari dahulu. Tema blog nie untuk tahun 2011 ialah MODEN + KLASIK. Kalau anda perasan, blog nie warne hitam-putih dan merah. Diharap agar blog nie makin ramai la followers nyer... huhu.. Kepada yang baca entry nie, dah FOLLOW ke belum??? Kalau belum, lakukannya sekarang. Terima kasih.. (^_^) 
Bye....

Tuesday, December 14, 2010

Under Construction !!

PERHATIAN !!


 Blog saya nie sedang dikemas kini.. Blog nie akan `BERWAJAH BARU' MENJELANG 1 JANUARI 2011....  

HARAP MAKLUM.... (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...