BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS



Wednesday, September 8, 2010

♥ Salam Aidilfitri ♥


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir Batin


Seperti biasa, setelah sebulan umat Islam berpuasa, menahan diri daripada lapar, dahaga dan hawa nafsu, kini tiba hari yang dinanti iaitu hari kemenangan.

Semua umat Islam bergembira membeli-belah, membuat kuih muih, mengemas dan menghias rumah serta pulang ke kampung. Perayaan yang disambut setahun sekali ini meriah dengan persiapan dari segala aspek. Namun harus diingat supaya tidak membazir dan berlebih-lebihan.

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN HARI RAYA:

1. MAKANAN/KUIH RAYA
Makanan dan kuih raya memang sinonim dengan hari raya. Antara makanan wajib hari raya ialah lemang, ketupat, dan rendang. Kuih yang popular pula ialah semperit, tat nenas dan rempeyek.

2. DUIT RAYA
Ini memang menjadi kelaziman setiap kali hari raya. Kanak-kanak akan beratur minta duit raya terutamanya daripada saudara-mara. Kesian siapa yang kena bagi duit raya..
hahaha.. Anggap sebagai sedekah je la..


3. RANCANGAN TELEVISYEN
Seperti biasa, setiap tahun semua stesen tv akan berlumba-lumba menyiarkan program2 yang menarik untuk meningkatkan rating tv masing2.. Filem, konsert, drama, dan lain2 semuanya best.. Tapi jangan berlebihan pulak ye...

Itulah serba sedikit entry pasal hari raya kali ini. Diharap semuanya bergembira di hari yang mulia ini. Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa. Saya juga ingin memberi pesanan supaya berhati-hati di jalan raya dan jangan main mercun.. Bahaya tau..

Akhir kata, SALAM LEBARAN dan MAAF ZAHIR BATIN...

Anugerah Aidilfitri - Dato' Siti Nurhaliza




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...